How to Apply for ACCA course

ACCA_Primary Logo_CMYK_Pos

Hi guys
welcome to my blog

Semalam saya tulis sedikit mengenai pengalaman saya dan informasi mengenai ACCA, dan ada beberapa orang yang message saya bertanya beberapa soalan.

Memandangkan sekarang ini adik adik yang baru habis SPM tengah kelam kabut tak tahu nak mohon kursus apa, dan bagaimana. Saya dah pun carikan sedikit maklumat untuk anda semua.

 

ACCA

 

Sebelum saya cerita macam mana nak mohon ACCA, saya rasa elok saya ceritakan dulu kursus ACCA ni macam mana.

ACCA berbeza dengan kursus diploma dan bachelor degree terutamanya dalam konteks diploma dan degree ini kualiti dan nilainya bergantung pada Universiti mana anda belajar.

Sekiranya anda buat degree di Unisel, dengan anda buat degree di London School of economics pastinya nilai degree anda berbeza. Bukan saya merendahkan universiti tempatan, cuma nak menjelaskan perbezaan.

Syllabus di setiap universiti berbeza, dari segi kualiti pengajian, pengiktirafan, kualati tenaga pengajar, semua ini memberi impak kepada nilai ijazah yang akan diterim nanti.
ACCA pula sangat berbeza, syllabus peperiksaan, kertas soalan, tempat peperiksaan semuanya diuruskan oleh ACCA.
Universiti yang menawarkan kursus CAT/ACCA ini digelar tuition provider, mereka hanya mengajar mata pelajaran yang ada dalam syllabus ACCA mengikut guideline yang diberikan oleh ACCA.

Tetapi peperiksaan akan dibuat di exam centre, semua pelajar yang akan mengambiil exam akan ambil di satu tempat (biasanya ikut negeri) tak kira di mana anda belajar.
Exam pada Mac 2016 dan Disember 2015 yang lepas dibuat di INTEC seksyen 17. Sebelum itu ada yang dibuat di Taylors college subang, KDU glenmarie, dan lain lain. Setiap semester berbeza.

There is one bad impact of this i’m afraid, which is pihak universiti tak boleh bar anda dari masuk dewan exam walaupunnnnn anda tak hadir ke kelas.

Semua rekod anda disimpan dalam akaun myacca anda, rekod peperiksaan, pendaftaran semuanya degan ACCA, kalau kata anda tukar universiti pun, anda boleh sambung ACCA anda macam biasa. Kene buang uni ke, kene tendang ke, kene gantung, cekik, tembak parang, anda masih boleh sambung ACCA anda seperti biasa, yang penting anda belajarrr.

In short, professional paper macam ACCA, ke CIMA, ICAEW semuanya diuruskan oleh badan badan professional itu sendiri, Universiti yang terlibat hanyalah sebagai tuition provider.

 

UiTM

 

Memandangkan saya pelajar UiTM, saya akan kongsikan macam mana nak belajar ACCA di UiTM.

before last year, kursus ACCA dibuat di tingkat 14, menara SAAS UiTM Shah Alam.
Tapi sekarang kursus professional telah ditukar ke kampus INTEC Seksyen 17, Shah Alam.
Since INTEC is a privatised campus, generally kos untuk belajar di INTEC lebih tinggi dari di kampus Shah Alam.

So, saya dah hubungi pihak INTEC dan dapatkan sedikit maklumat bagaimana anda mahu mohon untuk jadi pelajar CAT/ACCA di  INTEC.

  1.  Bila anda boleh mohon

permohonan secara online akan dibuka dari 22 februari hingga 24 march 2016.
Sekiranya anda layak, anda akan menerima e-mail untuk ditemuduga/interview.

2. Macam mana nak mohon

anda boleh layari http://www.intec.edu.my dan klik “Apply Now”.
Yuran pemprosesan sebanyak RM30 akan dikenakan ( rujuk website untuk prosedur pembayaran)

3. Ada scholarship tak?

Ada, program professional di INTEC ada kerjasama dengan peneraju. Jadi anda boleh layari http://www.yayasanpeneraju.com.my untuk mohon.

4. Apakah syarat syarat kelayakan untuk mohon kursus  ini
CAT

untuk dapat tajaan peneraju: sekurang kurangnya 5A termasuk English dan Matematik
untuk self funded: sekurang kurangnya 4A termasuk english dan Matematik

ACCA

  • diploma perakaunan dengan CGPA sekurang kurangnya 3.0 atau
  • Bachelor of Accountancy (Hons) CGPA sekurang kurangnya 2.75 atau
  • sijil Matrikulasi atau ‘A’ level atau
  • apa apa subjek lain yang diterima oleh ACCA

 

5. berapa  Kos untuk pengajian ACCA di INTEC

CAT                                     : RM 19,333
ACCA (CAT Route)         : RM 43 712
ACCA (DIA Route)          : RM 40,281
ACCA (BACC Route)      : RM 28,063

6. Di manakah kelas anda akan dibuat
Di kampus INTEC, Seksyen 17, Shah Alam

7. Ada hostel tak?
INTEC ada menyedikan hostel di Seksyen 18, dan ada bas disediakan untuk pengangkutan dari kampus ke hostel (syarat untuk mohon hostel saya tak pasti)

 

Tarikh penting untuk rujukan anda

Screenshot (6)

 

intec
INTEC college terletak di Seksyen 17, Shah Alam ni suasananya sangat mendamaikan. Penuh dengan pokok, sangat mendamaikan jiwa

Info Lain

melalui perbualan saya dengan encik Norshahril dari INTEC

Yayasan peneraju akan taja sebanyak 200 orang pelajar CAT pada kemasukan akan datang. Jadi peluang anda untuk dapat tajaan begantung pada jumlah pelajar yang masuk dan result anda.
Bermaksud secara amnya, 200 pelajar dengan keputusan terbaik yang akan mendapat tajaan.

Bagi yang tak berjaya mendapat tajaan, anda boleh memohon tajaan lain seperti yayasan negeri, MARA dan lain lain.
Tetapi permohonan ini perlu dibuat sendiri oleh pelajar sepenuhnya.

Untuk kemasukan kali ini,   interview untuk tajaan Yayasan Peneraju akan diadakan pada 4-8 April nanti.

 

 

Tuition provider yang lain

ACCA mengklasifikasikan tuition provider mereka dengan kelas Gold dan Platinum
Gold dikira baik, dan Platinum sangat baik.

Ini senarai tuition provider ACCA yang lain

ACCA Platinum status

KDU University College

Kolej Sunway Kuching

Sunway College – Johor Bahru

Sunway TES

Tunku Abdul Rahman University College

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

ACCA Gold status

Disted College

Elite International College

FTMS International College – Kuala Lumpur

FTMS International College – Kuching

HELP College of Art and Technology

INTI International College Subang

Kasturi College International – Kuala Lumpur and Petaling Jaya centres

Methodist Pilley Institute

PTPL Penang

Sentral Technology College – Penang

Sinar College

Stamford College – Petaling Jaya

Sunway College – Ipoh

Taylor’s College

UCSI Professional Academy

 

Secara amnya, lagi grand college tersebut, lagi mahal kos untuk belajar di situ.
Sekiranya anda sukakan tempat yang lebih berprestij anda boleh la mohon untuk belajar di Kolej seperti Sunway atau KDU.

 

My recommendation

Pada pendapat saya, tempat anda belajar bukanlah perkara utama, yang paling penting adalah usaha anda.

Bahan untuk ulang kaji, nota dari examiner, past year question semuanya sangat mudah untuk anda dapatkan.
If you work hard and SMART, i assure you kat mana pun anda buat, anda  boleh lulus.

Oh ya, saya lupa. The best thing about ACCA is that ACCA takde gred, takde pointer, takde assignment.
100% markah dari final exam, dan anda cuma perlu dapat 50 untuk lulus, tiada beza sekiranya anda lulus dengan markah 50 dengan rakan anda yang lulus markah 80. Sama je, ACCA cuma akan cakap anda lulus.

Jadi berbalik pada kat mana anda belajar, buatlah sedikit research, tengok kat mana yang anda rasa selesa untuk belajar.
Tengok kemudahan, track record universiti, tuition provider status (GOLD or Platinum) dan juga kos untuk anda belajar (sama ada scholarship disediakan atau tidak)

Personally as a UiTM student,  lecturer UiTM ini sangatlah mesra, istilah saya dasar buka pintu. Nak jumpa bila bila masa boleh, sangat mesra pelajar. Jadi in terms of keselesaan dengan tenaga pengajar sangat baik, sebab bila ada hubungan yang baik dan selesa dengan lecturer,  agak mudah untuk belajar.
Not to mention yang anda berpeluang untuk buat a lot of consultation dengan lecturer.

Kalau anda nak masuk ke INTEC, pada saya satu pilihan yang baik.
note that saya tak pernah belajar di kolej atau tuition provider yang lain jadi saya tak boleh comment mengenai suasana dan reputasi mereka.

Jadi saya cuma boleh bagi sedikit guideline dan pendapat saya mengenai UiTM.

 

Akhir kata

Saya akan buat satu lagi posting untuk ceritakan dengan lebih detail apa itu accounting, sebab waktu saya pilih CAT dulu saya ingat saya tahu accounting tu apa, tapi ternyata saya salah.
So saya akan cerita tentang beberapa mitos dan salah faham mengenai perakaunan untuk bantu anda buat pilihan sama ada accounting ini kursus yang sesuai untuk anda.

 

hope this help

-NR-

46 thoughts on “How to Apply for ACCA course

  1. Salam . Sy student degree akaun di UNIKL. Sy nk move futher ke ACCA after sy degree ni. Awak rse kan patut tak sy smbung buat ACCA smbil sy bekerja? Just nak opinion awak sbb byk dgr crita yg susah bila bekerja dan smbung ACCA.

    Like

    1. Waalaikumsalam aqilah

      Kalau u ada degree, it is quite okay to do ACCA sambil kerja, but it could take u a lot of time.
      One of my senior take up to 6 years to clear all his ACCA paper. Sebab once u start working, there is no time to study.

      If u r not running out of time n not in hurry, my suggestion would be do full time study, n try to finish all 5 papers in 2 semseter.

      And of course if u don’t have the money or scholarship, doing ACCA without working will cost u. A. LOT

      Like

  2. Salam. Saya lepasan spm. Saya dah apply for CAT melalui yayasan peneraju. Boleh saya tahu, waktu interview utk CAT soalan lazim yg ditanya apa ya? Susah tak nak lepas? And the interview in english or malay? Maaf banyak bertanya.

    Like

    1. Waalaikumsalam aina

      Selalunya diorang cuma nak tahu background anda dan ur fluency in english je.

      Some extra question could be, apa yg anda nk buat lepas CAT, nk smbg acca ke kerja ke.

      Or what u wanna be after u finish ur ACCA.

      Mostly, the aim is to know whether u have the capability to do ACCA or not.

      Like

  3. Dear Brother Naim,

    Thank you for your info about ACCA. Please be informed that I’m a student of KOLEJ PERMATApintar NEGARA, UKM; FOUDATION 3 and this coming June will be 14 years old. I’m very determine to become chartered accountant and my current course does not offer any accounting paper. Is there any advise from you for me to get ready to enroll for CAT ?

    Like

    1. Hi zoey

      As a kolej permata pintar student, i believe u can get through ACCA pretty quick.

      The minimum age to do CAT is 15 years old, so the earliest you can do cat is next year.

      I am not sure what u mean by foundation 3 n when r ur final year would be.

      There is not much u can do to prepare, coz u r going to learn from the most basic accounting knowledge.

      But what would help is reading business related news and article.
      Looking at company annual report, you don’t have to really understand it.

      Just get urself to be familiar with some of the term used in business world.

      Like

  4. Hi. Im going to attend assessment and interview at intec next monday! So maksudnya only 200 students sahaja yang layak diterima utk yayasan peneraju? Dan apakah soalan yang biasanya ditanya semasa interview? Thankyou :))

    Like

    1. Daripada maklumat yg saya terima, macam tu lah.

      Untuk interview CAT-ACCA selalunya akan ditanya soalan latar belakang, minat, matlamat anda kenapa nk buat acca serta perancangan kerja selepas graduate.

      Mainly, dia nk tengok cara anda berkomunikasi dlm bahasa inggeris dan cara anda berinteraksi, tu je.

      Hope i answer ur question

      Like

  5. Assalamualaikum..sy pelajar baru habis program matrikulasi.. skrg tengah tunggu keputusan utk mohon upu..

    Boleh terangkan apa laluan saya lpas ne klu sy mw smbung acca ne… ?

    Like

    1. Waalaikumsalam Tajudin

      Kalau dari matrikulasi nk buat ACCA, paling cepat adalah route CAT-ACCA
      Ataupun degree-ACCA

      Cuma cat- ACCA agak berisiko sebab andai anda x lepas acca anda cuma ada cat
      Cat gaji sama mcm diploma

      Like

  6. Assalamualaikum,
    Saya nak tanya kalau nak mohon tuition provider eg: intec then nak apply for peneraju tu kena buat permohonan lain lain ke? Sebab saya ada baca kalau nak mohon peneraju kita boleh terus mohon tuition provider terus, memandangkan saya ni dah terlepas dah permohonan untuk peneraju bagi tahun 2016. Apa yang saya perlu buat kalau saya still insist nak under peneraju? Application for peneraju tu untuk current year ke untuk tahun hadapan punya intake? Saya berhasrat nak sambung acca pada tahun 2017. Saya student diploma in accounting information system di uitm dan saya akan tamat pada bulan oktober 2016 ini. Mohon pencerahan

    Like

    1. Waalaikumsalam Mira
      Maaf lambat reply

      Berkenaan peneraju punye application dan intec saya tak pasti sebab waktu sy tulis article ni saya minta semua info dari pihak intec

      Jadi berkenaan tajaan peneraju lebih baik awak hubungi intec- 03-5522 7000

      Cadangan saya kalau nk buat ACCA, mohon dekat uitm je. Directly under UiTM
      Intake selalunya januari dan june.
      Di UiTM yuran jauh lebih murah, cuma berkenaan tajaan saya perlu tanya org yg lebih tahu.

      Sebab saya pun tak dapat tajaan, sy kerja part time utk tampung perbelanjaan.

      Like

  7. Hello salam.

    saya bercadang untuk sambung dngn ACCA ,
    dekat Intec ad course ACCA part time ?
    Im working , so I plan to take ACCA as a part time study…that ok ???

    Like

    1. Waalaikumsalam suhaibah

      Intec ada part time tapi mahal.
      Saya cadangkan mohon dkt uitm je, jauh lebih murah.

      Tahun lepas, fakulti professional akaun di UiTM dicadangkan untuk tutup. Tapi sekarang ni disambung semula, tahun depan akan ada intake baru kalau tak salah saya.

      Boleh hubungi fakulti professional akaun uitm utk tahu lebih lanjut.

      Like

  8. salam, klu sambung cAT je bleh x?/bleh dpt keje x dengan cat sahaja..?satu lagi sy ni dh lame habis spm…spm 2008..bleh x sambung CAT di intec ni, kalau dh lama habis spm?

    Like

  9. Salam, saya farhan. Dan kini saya bekerja. Saya memiliki diploma akaun Kolej Professional MARA. Saya nak tanya, adakah boleh saya ambil ACCA part time? Jika seorang baru freshgraduate, adakah dia boleh ambil acca terus? Maksudnya tak perlu nak tunggu lama untuk ambil acca tersebut.

    Like

  10. Salam, saya farhan. Dan kini saya bekerja. Saya memiliki diploma akaun Kolej Professional MARA. Saya nak tanya, adakah boleh saya ambil ACCA part time? Jika seorang baru freshgraduate, adakah dia boleh ambil acca terus? Maksudnya tak perlu nak tunggu lama untuk ambil acca tersebut..

    Like

    1. waalaikumsalam farhan

      Boleh ambil ACCA part time, memang ramai orang buat ACCA sambil bekerja.

      Cuma sedikit mencabar untuk pass, terutama kalau ambil ACCA dengan kelulusan diploma.

      Lulusan diploma akaun selalunya akan ada 10 paper yang perlu diambil.
      kalau dari degree cuma 5

      Like

  11. (1) mcm mana nak tahu berapa paper kita bole dpt exemption?sbb dgr org kata lepas habis degree cuma ambil 5paper dr acca je…adakah exemption ni bole utk semua ijazah di mana2 ipta atau ipts atau hanya setengah sahaja ijzah perkaunan yg diiktiraf?

    (2) memang susah sangat ke acca?

    Like

    1. 1. Exemption bergantung pada IPT, ada yang diiktiraf ada yang tidak.
      Untuk tahu berapa paper yang dapat exemption kena email acca untuk tanya.

      2. Kalau kata senang tu tipu la, agak susah tapi doable.
      Cuma kalau anda buat part time, memang susah.
      Inshaallah kalau buat fulltime, 5 paper setahun setengah ke 2 tahun dah habis.

      Like

  12. Salam. Hi. Boleh saya tau tak by matriculation/A-level you mean mesti matriculation in Accountancy jugak or if Science Stream pun boleh terus further ACCA?

    Like

    1. Hi Farahin
      First of all ini info yang saya dapat dari pihak intec, dan saya tak 100% pasti subjek apa yang perlu ada dalam O level atau matriks. Yang itu farahin perlu contact pihak INTEC.

      Tapi yang saya pasti, ACCA itself perlu subjek Akaun dalam matriks atau A level untuk dapatkan exemption.

      Dan pastinya, kalau tak belajar akaun di Matriks atau A level, mustahil untuk mampu untuk terus sambung ACCA.
      Pastinya CAT pilihan yang lebih baik untuk mereka yang tak ada basic accounting.

      I hope that answer your question

      Like

    1. Waalaikumsalam
      Susah sangat tu tipu la

      Ramai je lulus, ramai je gagal

      Dan kalau fail, mmg kene repeat sampai lulus
      Kalau satu paper 100 pound = 600 ringgit

      3 kali repeat dh dkt 2k
      Paper lagi advance lagi mahal.

      Like

    1. Saya prefer cat-acca
      Lebih cepat dan relax

      But diploma – ACCA is a safer choice
      Degree – ACCA is even safer

      Depends pada kemampuan
      Saya kalau diberi peluang untuk ulang masa pun masih akan pilih laluan cat – ACCA

      Tapi andai kata ada cita cita nak jadi lecturer degree – ACCA lebih baik

      Like

    1. Waalaikumsalam
      maaf lambat reply

      memandangkan anda ada satu lagi semester, anda tidak akan dapat exemption paper dari acca.

      jadi anda perlu tunggu hingga anda habis Bacc dulu, kemudian baru apply untuk acca.

      hope this helps

      Like

  13. Hi Half Baked Accountant, you got a good blog and dont stop giving infos!

    Im Anar. im a 3rd year student of BACC from a public uni and insya Allah will graduate in Nov 2018. im really interested to pursue my study by doing ACCA but i would like to do it in any uni abroad. my current cgpa is 3.43 but i only achieved band 2 for my muet. i got some doubts that i think you could help me by giving any suggestion or advise:

    1. which one if preferable, repeating my MUET or do IELTS
    2. which one is more preferred by local firms? whether muet or IELTS.
    2. should i do ACCA in local uni or abroad
    3. where can i get funding/scholarship to pursue ACCA? because im scared of not enough funding to study IF i got offer to study abroad
    4. do JPA continue their scholarship for ACCA if i apply for it again for my ACCA studies (im currently a JPA holder since my frst year)

    i look forward for your reply.
    Thank you a lot. have a nice day!

    ranareem951218@gmail.com

    Like

    1. Hi anar
      apologies for the late reply

      in answering your question.

      1. if you are planning to study overseas, i would suggest you to do ielts.
      I’m not sure about your case, but most of my friends who apply for scholarship to pursue acca oversesas were required to do ielts by their sponsor.

      2. I am not sure if they actually have a preference.
      What i do know is that by speaking to one of the big 4 recruitment team. what they are looking for is good communication skill in english i.e being able to converse in english comfortably.

      3. During my time, some of my friends apply for MARA to go oversea, but none of them manage to get it. so, i’m afraid you would have to do a bit of research on that.

      4. In regards to JPA i believe it’s best for you to contact JPA directly and ask them. Preferably calling them to get a better understanding if they do offer the course what are the requirement.

      I hope i answer your question.

      Like

  14. Hai . Fees dekat uitm berapa ? Sebab sekarang uitm dah bukak balik acca dekat uitm . So saya nak tahu dari cat ke acca . Total fees dekat uitm berapa ?

    Like

  15. saya bakal menduduki spm tahun ni dan bercadang nak ambil cat-acca di uitm. macam mana nak daftar eh? apa syarat2 kelayakannya? tak faham sgt la. da banyak buat research tapi srsly still bingung.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s