How I end up doing ACCA

menarasaas
Fakulti Professional Perakaunan terletak di tingkat 14 Menara UiTM Shah Alam

Memandangkan result spm baru keluar dan ada adik adik yang tertanya tanya mengenai kursus apa yang sesuai dengan diri masing masin, di sini saya kongsikan sedikit cerita kenapa saya buat ACCA dan apa itu ACCA

History

I went to MRSM for my secondary school, MRSM Kuala Klawang (2006-2008), MRSM Muar (2009-2010).

As the name goes Maktab Rendah SAINS Mara, you can guess that is not a school with a focus in accounting or economics. So how exactly do i end up doing ACCA?

Saya memang suka bermain dengan nombor sejak kecil, kalau mencongak memang saya cepat, tapi simple simple calculation saje la, macam kalau pergi supermarket nak kira harga lepas diskaun, semua tu kira dalam kepala  je.

Tapi kalau menyelesaikan masalah matematik yang rumit macam buat integration, differentiation, subjek kalkulus semua tu memang saya out. Kalau anda tengok result saya waktu menengah atas, mungkin anda akan gelak guling guling, sebab teruk sangat, hahahaha.

waktu menengah rendah dalam subjek kemahiran hidup, saya belajar elektif perdagangan, ada la sedikit ilmu perakaunan di situ. Entah macam mana, memang elektif perdagangan ni agak mudah untuk saya faham, jadi waktu tingkatan 4 saya ambil keputusan untuk ambil subjek perakaunan sebagai subjek tambahan.

Program CAT

Tahun 2009, ketika saya berada di tingkatan 4, pihak MRSM buat lawatan ke Accountancy Career and Education Fair (ACEF) di Mid Valley. Memandangkan hidup di Asrama ni bapak bosan, dan saya juga ambil subjek perakaunan, jadi saya join la lawatan tersebut.

Saya ingat berjumpa dengan Prof Dr. Zuraidah Sanusi di booth UITM dan dia bagi penerangan berserta denga satu pamplet mengenai ACCA qualification.
Ada dua perkara yang betul betul menarik perhatian saya mengenai ACCA ni;
1. walaupun saya tak tahu exactly ACCA tu apa, tapi saya diberitahu failure rate  ACCA sangat tinggi dalam ACCA ni, tak ramai orang yang lulus.

Jadi saya fikir kalau tak ramai orang ada ACCA, kalau saya boleh lulus mesti senang dapat kerja, boleh dapat gaji besar, rumah besar,kereta  besar,  bini besar (EH?) dsb.
Dan pastinya ego saya cakap, “kau kan pandai naim, kalau orang lain tak boleh buat, kau mesti boleh buat)

2. Dalam pamplet yang diberi tu saya tengok kalau nak buat ACCA ni kene buat diploma, pastu degree, pastu baru boleh buat ACCA.
Tapi ada satu program pelik, nama dia CAT, bunyi macam kucing tapi hebat sebab kalau buat CAT ni tak payah buat diploma, degree, boleh terus buat ACCA.

maka hati saya pun cakap la, mesti hebat kalau boleh buat menatang CAT ni, i don’t know what it is, but it sounds hard and awesome, so this is what i’m gonna do.
Maka lepas result SPM keluar, saya tanya cikgu akaun saya macam mana nk apply CAT, dia suruh saya contact UITM.
Jadi saya google contact no Fakulti perakaunan UiTM, telefon dan minta maklumat bagaimana nk buat CAT.

Senang je nak mohon CAT ni, beli no pin program professional kat BSN pastu bukak portal UiTM dan daftar secara online. Kemudian isi borang dan hantar ke fakulti perakaunan berserta dengan a few document.

Beberapa bulan kemudian saya dapat email untuk pergi interview di UiTM Shah Alam.
Punye la kelam kabuyt waktu tu, siap pakai slack hitam, kemeja putih, tie siap dengan blazer lagi waktu pergi interview.

Padahal interview dia simple je, cuma sedikit soalan mengenai latar belakang dan kefahaman saya tentang apa itu ACCA. Alhamduilllah, pada June 2011 saya mendaftar masuk sebagai pelajar CAT di UiTM Shah Alam.

 

CAT

CAT ni sebenarnye tak adalah rumit sangat, dia cuma ada 9 paper.
waktu 2010 paper dia dipanggil T1-T10, sekarang ni dikenali sebagai

INTRODUCTORY CERTIFICATE IN FINANCIAL AND MANAGEMENT ACCOUNTING

INTERMEDIATE CERTIFICATE IN FINANCIAL AND MANAGEMENT ACCOUNTING

DIPLOMA IN ACCOUNTING AND BUSINESS

CERTIFIED ACCOUNTING TECHNICIAN (CAT)

 

dalam kategori paper CAT tu cuma pilih 2 daripada 3
sama ada buat
1. FAU dan FFM
2. FFM dan FTX
atau
3. FAU dan FTX

Sekiranya anda ada ambil subjek perakaunan waktu SPM, anda layak untuk dapat exemption bagi paper FA1 recording financial transaction.

Zaman saya CAT ni cuma ambil masa 2 semester, jadi jadual agak padat. Tapi very doable, kalau nk dibandingkan dengan ACCA ni, bak kata lecturer Tax saya, Dr. Lai Ming Ling “Kacang Putih sajaaa”

 

 

 

2723412

ACCA

 

Alhamduillah pada June 2012 saya berjaya menamatkan kursus CAT saya dan pada Julai 2012 saya memulakan Kursus ACCA.

ACCA ni jangan tanya saya kursus dia berapa sem, nanti saya lari nyorok bawah meja, malu saya nak jawab.
Tapi saya breakdown dia punye paper macam mana

Basically ACCA ada dua bahagian
1. Fundamental Paper
2. Professional Paper

Fundamental paper


Fundamental paper ada 9
F1: Accountant in Business Exemption
F2: Management Accounting Exemption
F3 :Financial Accounting Exemption
F4 :MYS Corporate and Business Law
F5 :Performance Management Pass
F6 :MYS Taxation Pass
F7 :INT Financial Reporting Pass
F8 :Audit and Assurance Pass
F9 :Financial Management

Kalau anda masuk ACCA melalui CAT anda akan dapat exemption sehingga paper F3
bermaskud anda cuma perlu buat paper F4-F9 (6 paper)

Kalau anda masuk daripada degree, biasanya akan dapat exemption sehingga paper F9
makanya anda cuma perlu buat paper professional sahaja

Professional paper

P level pula ada 5 paper

3 paper wajib ambil
P1 Governance, Risk and Ethics
P2 Corporate Reporting
P3 Business Analysis

 

kemudian boleh pilih 2 daripada 4 optional paper ini:
P4: Advanced Financial Management
P5: Advanced Performance Management
P6: Advanced Taxation
P7: Advanced Audit and Assurance

 

 

My experience

Kalau anda membuat keputusan untuk buat ACCA, fundamental level agak mencabar tapi bila anda mula buat P paper, dia akan jadi sangat mencabar.

One thing about ACCA ni, dia professional qualification, jadi sekiranya anda mampu tamatkan kusus ini, agak mudah untuk anda dapatkan kerja.
Tapi agak mencabar, gagal tu memang perkara biasa la, dan anda akan mula naik bosan bila orang tanya soalan macam, ehhh ko belajar course apa ek?, kenapa kau tak abis belajar lagi?, kenapa kau ambil 2 paper je satu semeseter? dan macam macam lagi soalan

Yang pasti ACCA ni macam Marathon, kalau anda fit anda boleh berlari dan sampai ke garisan penamat dengan masa yang pantas,
tapi kalau anda bukan fast runner, jangan cuba berlari, sekali dah jatuhhhhh, kaki dh luka, mula la berjalan terhencot hencot, akhirnya habis lagi lambat dari sepatutnya.

Cuma anda perlu ingat, kalau nak fit dan nak berlari dengan laju, sangat penting untuk anda ada self-discipline yang sangatttt tinggi untuk berlatih setiap hari (belajar dengan konsisten setiap hari)

This is all i wanna share today, kalau ada yang nak tahu lebih lanjut, nanti saya tulis dengan lebih detail topik yang anda ingin tahu.

 

Thanks for reading
-NR-

 

 

27 thoughts on “How I end up doing ACCA

    1. CA tu title charted accountant
      Untuk dapatkan title CA kene ada professional qualification dan 3 tahun working experience.

      Lepas tu boleh la berdaftar dengan malaysian institute of accountant, once berdaftar baru la dikira CA

      Like

  1. acca ni dapat tittle ac dekat name tu ek? ke sy silap ? sy study acc jgk, insha allah one day nk buat acc jgk. good luck bro !

    Like

    1. Thankssss

      CA ni kalau u ada degree pun boleh dapat. After 3 years working experience, u can register as an MIA member.

      CA is a title given to accountant registered with its country professional bodies

      Like

  2. Suke bace crita naim..
    Sy pun blaja acc dlu.. tp DIA jer kat uitm gak.. keje sambil blaja.. dlu main blaja jer dgn ofer yg ada.. xde feel pun dgn acc ni.. so blajar utk lulus utk naik pangkat jer.. tu yg rasa susah sgt.. result pun ala2 kadar jer.. rasa cam dah xnak sambung lg acc.. nak amik degree course lain.. huhu
    Tp pk2 balik.. mayb Allah dah tentukan sy kat bidang ni.. msa kat skolah dpt class acc.. keje pun acc.. dip pun acc.. naik pangkat pun acc.. so mayb dgn kesedaran ni sy nak cont degree acc/acca..
    Tp 1 jer.. camner nak buat kita minat/feel dgn acc ni bukan sbb nak lulus/pangkat?

    Like

    1. Hi ikan pari

      Saya sebenarnya tak de lah berminat sgt dgn accounting.
      Tapi mmg otak ni ngan dgn account, sbb it’s very logic.
      Also because other subject is not compatible with me.

      Utk minat ni sebenarnya ikan pari, manusia ni selalunya suka benda yg dia pandai.

      Last year i won 3rd place for EY young tax Professional, n all of a sudden saya minat gila dgn tax.

      So, minat ni sbnrnye akan dtg kemudian.
      Especially since we r talking about study, siapa je yg larat menelaah buku memanjang.

      Jadi Soalan yg ikan pari perlu tanya pada diri sendiri is how far u wanna go?

      If u set a target, inshaallah boleh pergi.

      Like

    1. Saya tak pasti pasal kelebihan.

      Yg sy pasti untuk jd MIA member, kene ada at least degree ataupun professional qualifications dan working experience in related field for 3 years.

      Yg MIA recognized tu, bermaksud lebih senang dpt kerja la.
      Employer iktiraf gitu.

      Like

  3. Salam saudara. Tq for the info. Very nice story. Cuma sy nk tnya la, sy skrg tgh kerja as account clerk di satu company swasta. And almost 2 years experience. N then pada masa yg sma sy tgh smbung belaja degree in finance(epjj) di uitm. Pd pndapat saudara, mcm sy nk tngkatkan level sy dlm bidang account nie ye? Mcm mne nk daftar ke MIA n perlu ke sy amk CAT or bole terus amk ACCA?

    Like

    1. Salam farah

      Untuk jadi MIA member u perlu ada degree or professional qualification dan 3 years Experience in a related area.

      Ultimately farah perlukan professional qualification sama ada acca, cima, icaew untuk climb lebih jauh dalam industri.

      U boleh terus apply ACCA, cuma saya tak pasti berapa paper u akan dapat exemption dari ACCA sbb u buat finance.

      Like

    1. Salam faizah

      Sy tak biasa dgn CPA qualification, tapi professional qualification ni depend pada tmpt CPA ataupun CPA Australia lebih diiktraf di Australia.

      Di Malaysia, kebanyakan employer lebih prefer ACCA ataupun ICAEW.
      CIMA pula lebih kepada management accounting.

      Saya x pernah buat CPA, so i can’t say much.
      But ACCA is always a great way to go.

      Like

  4. Assalamualaikum.
    Is it okay for me to take ACCA after degree in accounting? Berapa lama ye utk habiskan ACCA tu nti? And kalau tak keberatan boleh saya tahu saudara sekarang dah start kerja or what. U hv completed ur ACCA?

    Like

    1. Waalaikumsalam nurul

      Saya masih lagi belajar, ada 4 lagi paper sebelum jd affiliate.
      Tapi saya juga bekerja part-time sebagai swimming instructor untuk menampung kos pembelajaran dan kos hidup.

      Kebiasaannya pelajar dari lepasan degree akan diberi exemption utk 9 paper.

      Jadi nurul perlu buat 5 paper, 5 paper akan ambil masa 1-2 tahun kebiasaannya. Atau mungkin lebih dalam sesetengah kes

      I hope i answer ur question

      Like

  5. Assalamualaikum.
    How about buat ACCA di overseas after degree? Yg another 5 papers tu.
    Ada kenalan yang bole share pengalaman?
    Atau bro sendiri tahu serba sedikit info?
    Thanks in advance.

    Like

    1. Waalaikumsalam Liyana
      apologies for the late reply

      Berkenaan pengajian acca di luar negara saya tak ada pengalaman. Kena tanya rakan rakan yang belajar di sana untuk share.

      Apa yang saya tahu, pengajian acca di luar negara kebanyakannya belajar di private college atau tuition centre. Bukan di universiti tempatan di sana.

      Tempat yang selalu jadi favourite is UK ataupun Ireland.

      But my advice is buat dekat Malaysia saja, you will save a lotttttts of money while still having access to good lecturer and material.

      in other words, kualiti belajar lebih kurang sama.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s